Exposure analogy
Bayangkan anda berada didalam sebuah bilik yang mempunyai satu tingkap,bilik itu tidak mempunyai sebarang sumber cahaya lain kecuali jika tingkap itu dibuka.Sekarang cuba anda bayangkan yang anda sedang memakai cermin mata hitam didalam bilik tersebut.Sekarang,anggapkan kelajuan anda membuka dan menutup tingkap sebagai Shutter Speed,Kehitaman cermin mata anda sebagai ISO dan keluasan kadar bukaan tingkap tersebut sebagai aperture.
Semakin cerah cermin mata yang anda pakai menunjukkan semakin besar ISO,dalam keadaan ini,kadar bukaan tingkap yang sedikit dan pada kelajuan yang tinggi sudah mampu membolehkan anda melihat objek didalam bilik tersebut.
Sekarang cuba anda buka dan tutup tingkap dengan kelajuan yang berbeza (Shutter Speed),semakin perlahan kadar buka dan tutup tingkap tersebut,semakin banyak objek yang jelas kelihatan berbanding jika tingkap tersebut dibuka dan ditutup dengan cepat.
Buka tingkap seluas-luasnya (Aperture), dan lihatlah hasilnya..bandingkan jika bukaan tingkap itu adalah sempit.Adakah anda dapat melihat objek didalam bilik dengan baik?
<<-- f/16 Aperture f/2 -->>
<<-- 1/1600 Shutter Speed 1/2 -->>
<<-- 100 Iso 6400 -->>
No comments:
Post a Comment